Saturday, March 29, 2008

Salam Perkenalan

Salam kepada semua pengunjung blog ini,

Blog ini baru saja diwujudkan iaitu pada 30hb Mac 2008. Ianya diwujudkan untuk menjadi salah satu medium kepada pandangan-pandangan yang datang daripada ahli-ahli PIBG seluruh Malaysia. Setelah hampir selama 10 tahun saya dilantik menjadi Yang DiPertua PIBG bagi beberapa buah sekolah, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya mewujudkan ruangan sebegini di internet.

Selalunya para ahli PIBG iaitu Ibu-Bapa dan Guru-guru diseluruh Malaysia hanya berpeluang berjumpa sekali dalam setahun iaitu melalui Mesyuarat Agung PIBG dan beberapa kali dalam majlis-majlis lain yang diadakan di sekolah. Oleh itu saya merasakan adalah perlu diwujudkan laman blog ini bagi membolehkan semua ahli sentiasa berhubung dengan persatuan melalui penulisan pandangan-pandangan ataupun cadangan-cadangan yang dapat membina masyarakat yang lebih maju dan bersatu padu. Terutama tiga golongan utama yang wujud di sekolah iaitu Para Pelajar, Para Guru dan Para IbuBapa. (Golongan ini sebenarnya merangkumi hampir keseluruhan rakyat Malaysia!)

Sebenarnya saya bukanlah penulis yang bagus, bukan juga pengendali blog yang berkemahiran. Saya baru saja beberapa hari memasuki 'dunia blog' ini. Maksud saya baru beberapa hari ini sahaja saya mula berminat untuk membaca isu-isu yang ditulis melalui ruangan blog yang rasa saya sudah banyak wujud. (Dikatakan faktor blog juga telah merubah arus politik tanahair masakini)

Dengan rendah diri saya berharap kepada mereka yang sudah mahir mengendalikan ruangan blog ataupun mereka yang sentiasa aktif mengikuti perkembangan melalui blog-blog sebegini agar dapat membantu dan memberi tunjukajar kapada saya dalam mengendalikan blog SuaraPIBG ini.

Sekian untuk kali ini sebagai salam perkenalan.

YANG DIPERTUA PIBG.

No comments: